Laser Medlite ini
digunakan untuk membantu menghilangkan tanda lahir yang sebelum ini menganggu kecantikan
di wajah ataupun di tubuh anda. Contoh tanda lahir yang boleh dirawat
menggunakan Medlite C6 adalah “Nevus of OTA dan CafĂ© aulait.”
Selain daripada
membantu untuk merawat masalah tanda lahir, ia juga berkesan dalam membantu
semua jenis masalah pigmentasi. Dewasa ini, sering kali kita melihat masalah
pigmentasi yang berlaku sangat banyak sehingga ada yang telah berputus asa untuk
mencari jalan penyelesaian yang kebanyakkannya akibat dari penyalahgunaan
produk kosmetik yang merosakkan sel-sel kulit kita.
Apabila cahaya Lazer
Medlite dipancarkan ia akan memecahkan pigmen dan menjadikan kulit tampak
bersih dan lebih cerah. Manfaat lain yang dapat kita peroleh dalam mengggunakan
rawatan Lazer Medlite ini ialah kulit akan mengalami peningkatan kolagen dan
membuatkan sel-sel kulit menjadi sihat dan kulit kelihatan semakin muda.
Di samping itu
juga, Lazer Medlite juga mampu dalam menghilangkan bulu roma halus serta
mengecilkan pori-pori kulit semula jadi. Rawatan secara konsisten, membuatkan
kulit tampak lebih halus dan cantik sekali gus, sesuai bagi meningkatkan
kualiti kulit dan menghalang dari kedutan
Secara umum,
Rawatan Medlite boleh:-
1)Menjaga kulit
daripada kerosakkan akibat cahaya matahari
Oleh itu,
pendedahan kulit terhadap cahaya matahari secara berlebihan boleh membawa
kepada pigmentasi, kulit kusam, kulit berjerawat dan liang pori terbuka. Laser
Medlite juga membantu untuk mencegah pigmentasi, melindungi kulit sekali gus
melicinkan tekstur kulit. Hasil keseluruhannya, ia membantu menampilkan kulit
yang segar dan kulit kelihatan lebih muda.
2)Merangsang pembentukan semula kolagen untuk mengurangkan kedutan
dan parut jerawat.
3)Membuang Tatu
Lazer Medlite adalah cara yang paling selamat dalam kaedah membuang tatu. Tetapi, tidak semua lazer berjaya dalam proses pembuangan tatu. Oleh itu, doctor perlu memilih gelombang panjang yang betul berdasarkan warna dakwat tatu tersebut. Lazer Medlite dianggap standard emas untuk penyingkiran tatu tunggal dan muti-warna. Tenaga PhotoAcoustic menghasilkan getaran yang perlahan dan memecahkan dakwat tatu ke mikro zarah yang kecil secara beransur-ansur untuk dihapuskan oleh pemprosessan secara semula jadi badan.
Pelbagai masalah yang dapat
dirawat melalui kaedah Rawatan Medlite ini, jadi jelas disini ia dapat membantu
anda sekiranya anda mempunyai masalah seperti diatas.
Thanks for sharing the info regarding best way to remove tattoo. If you wish to have laser tattoo removal service, kindly contact Ava Clinic in Malaysia.
ReplyDelete