Tuesday, May 24, 2016

meremajakan kulit dengan medlite

Baju Raya da Baru, Kulit pun mestilah baru!!!

Assalamualaikum semua



Mungkin anda sudah biasa mendengar tentang rawatan muka menggunakn laser bukan. terdapat pelbagai teknik menggunakn laser yang boleh memperbaiki kerosakan tekstur kulit. antaranya ialah :

1. Medlite C6 ND : YAG Laser
2. Fractional CO2 Laser
3. LED Phototherapy
4. Laser Pixel 


Daripada 3 pilihan tersebut, aku pilih yang pertama. Iaitu Medlite C6 ND : YAG Laser. Yes, Laser. Memang aku pun mula-mula cuak sangat. Ye lah, macam-macam fikir. Teringat final destination lah, entah apa lagi aku fikir. Elok ke treatment ni, sakit ke tidak, macam mana rawatannya? Semua bermain dalam kepala. Hmmm... bila mengenangkan nak cantik punya pasal aku pejam mata jela buat!!

Tapi, macam aku jelaskan sebelum ni, korang tak perlu risau. MARISSA EASTHETIC mempunyai pakar yang berpengetahuan dan luas pengalamannya. Aku diperkenalkan dengan staff mereka yang  bernama Baytee yang memang peramah
Bila jumpa, macam-macam lah aku tanya. Dari A-Z semua benda aku tanya. Soalan wajib aku adalah, sakit ke tidak. Menurut Baytee, rawatan Medlite ini tidak lah sakit mana, macam kena jentik je... hehehe. Lega hati aku!

Well,  Apa itu Medlite C6 ND : YAG Laser ?

KAEDAH RAWATAN :

Masa mula-mula tu, memang dah diterangkan yang dia rasa seperti dijentik. Kalau agak sakit, bagitahu tapi jangan gerakkan kepala. Dan tibalah masanya.... untuk aku 'dijentik'.

Apabila diacuh laser pada aku, yes aku terkejut. Terus tersentak. Sebab dia rasa macam ada semut gigit dan bunyi "tik...tik...tik..." tapi beautician akan ikut kesesuaian kita dengan level yang digunakan. Untuk aku, mula-mula slow dia guna...lepas tu dia naik sikit. Dan mula-mula je aku terkejut. Lepas tu dah ok!

Selepas kira-kira 2-3 minit, aku terbau bau hangit. Sudah! Aku fikir bukan-bukan lagi. Mana tahu berlubang ke muka aku kan. Oh tidak!!! Menurutnya bau hangit tu adalah disebabkan tindakan sinaran laser terhadap rerambut halus / bulu roma pada muka aku. phewwwwwwwwwww!!! 

Rawatan yang diberikan adalah kira-kira 15-20 minit. Ada beberapa bahagian yang sakit dia agak ketara. Antaranya ialah di bahagian bawah mata, dan bahagian atas bibir. Menurut Dr. Lashela, sebab kulit di bahagian tu lebih nipis dari yang lain. 


KESAN SELEPAS RAWATAN: 

Daripada apa yang diterangkan, kebiasaannya seseorang akan mengalami sedikit gatal pada kulit muka selepas rawatan. Malahan ada yang timbul seolah-olah  "mosquito bite" pada kulit wajahnya dalam masa 24-48 jam selepas rawatan.

Untuk aku, keesokan harinya ada tumbuh sedikit "mosquito bite" di bahagian pipi sebelah kanan. Tapi tak gatal atau sakit lah. Just biarkan je, lama-lama dia surut sendiri. And FYI, tak nampak pun mosquito bite tu. Just a lite one! 


PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN : 
Untuk lepas rawatan pulak, aku tanya apa pantang larangnya. Mana tahu tak boleh pakai apa-apa bahan kosmetik atau makan apa-apa kan. Kena hati-hati semua ni. mari dapatkan rawatan anda dengan segera! raya da nak dekat. Ha memang elok sangat lah ni masanya buat nanti jgan da seminggu raya baru terkial-kial nak buat muka.

Untuk mendapatkan segala informasi atau rawatan sila hubungi kami!!



Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484

Shah Alam : 019-396 3678 / 03-55233505

Bangi : 03-8928 9334/ 014-643 7996

Nilai : 012-358 5949

Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698

Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561

WHATSAPP : 012-608 0159


FACEBOOK : Marissa Aesthetic

WEBSITE : Dr Rushmini

PM kami terus untuk maklumat lanjut:


No comments:

Post a Comment